Sunday, February 7, 2016

Kelakar + Keganasan = DEADPOOL (filem review)

Oleh Ezli Sheiful

Kelakar + Keganasan = L

Steven Spielberg pernah memberi amaran: filem superhero akan pupus seperti filem Western. Ramai kaki komik tidak bersetuju dengan kenyataan ini tetapi dalam realiti, akibat lambakan filem superhero yang lebih kurang sama cara penceritaan akan membuatkan penonton cepat bosan. Banyak sekuel superhero yang gagal menandingi filem pertama mereka, ditambah pula dengan versi remake/reimagine yang memburukkan lagi keadaan. DEADPOOL bukanlah superhero yang kita mahu tetapi antihero yang boleh menyelamatkan kesuraman dunia superhero sekaligus mengembalikan kegemilangan Marvel dibawah panji 20th Century Fox.



'Deadpool' mengisahkan Wade Wilson (Ryan Reynolds), seorang bekas ahli Special Forces yang menghidap kanser lalu memaksa dia menjalani program experimen yang sepatutnya memulihkan penyakit yang dihidapi. Setelah menjadi bahan ujikaji yang menyakitkan oleh Ajax (Ed Skrein), dia mempunyai kebolehan penyembuhan pantas tetapi ia juga meninggalkan kecacatan menggerunkan diseluruh badannya. Disini, penulis Paul Wernick & Rhett Reese mengambil pendekatan langsung terhadap asal-usul Deadpool (mercenary->cancer->experiment->superpower) tanpa flashback samar² atau prekuel 'origins', berbeza dengan versi komik yang tidak pasti kewujudan asal Deadpool & pernah bermain dengan kisah pencurian identiti. Ia juga tidak membebankan penonton jika Deadpool sebenarnya mempunyai masalah mental dengan sikap anehnya akibat hasil penderaan experimen. Elemen² negatif itu diganti dengan pendekatan ringan seperti kisah cinta dengan kekasihnya Vanessa Carlysle (Morena Baccarin), persahabatannya dengan Weasel (T.J. Miller), persahabatan tak ikhlasnya dengan Negasonic Teenage Warhead (Brianna Hildebrand) & Colossus (Stefan Kapičić).


Pengarah pertama kali, Tim Miller berjaya membuktikan sesuatu yang mustahil berbanding dengan filem superhero lain. Dari apa yang kita dilihat dalam filem ini, mereka mempunyai bajet yang sangat kecil walaupun jumlahnya belum diumumkan. Anggaran kasar, lebih kurang US$60 juta ke US$90 juta berbanding dengan filem superhero lain yang menelan bajet US$150 juta ke US$250 juta. Bajet yang terhad ini bukan saja memberi kebebasan tetapi menguji kreativiti pembikinan filem. Kerana terpaksa membelanjakan bajet besar untuk CG, filem ini telah disunting dengan bijak untuk memenuhkan durasi 108 minit dengan cukup berkesan. Dalam kesibukan hayunan pedang & peluru melayang, penonton akan dibawa sebentar ke flashback & kemudian kembali sambung kepada aksi. Walaupun beberapa babak cinta Wade & Vanessa agak draggy tetapi pacing ceritanya dapat dikekalkan tanpa membosankan penonton. Tahap keganasan dalam filem ini memang luar biasa: darah, potongan anggota badan, cebisan otak & mayat bersepah bergelimpangan menambahkan realisasi panel komik ke layar perak. Di tambah pula dengan kecemerlangan pengarah sinematografi Ken Seng yang berjaya mengambil angle yang pelik tapi unik terutama sekali sewaktu babak aksi tanpa henti di lebuhraya.


Segala kehebatan diatas pasti tidak akan berlaku tanpa kehadiran Ryan Reynolds. Seperti kita sedia tahu, Deadpool dalam komik terkenal dengan 'Breaking the Fourth Wall', iaitu bercakap dengan dirinya sendiri & bercakap dengan penonton tetapi Ryan Reynolds mengangkatnya ke tahap yang lebih tinggi. Kekuatan skrip (atau mungkin tiada skrip) digabungkan dengan jenaka yang tiada batasan, membuat setiap ayat yang disebut sangat kelakar tahap pecah perut. Ryan Reynolds dengan berani mengutuk dirinya sendiri, kutuk studio, kutuk industri, kutuk watak² lain dalam dunia Marvel & kadang² dunia luar. Mungkin penonton anggap ini kurang ajar & melampau tetapi jika difikirkan semula, ini adalah tamparan kesedaran yang amat perlu untuk memajukan industri hiburan dunia. Kebijaksanaan Ryan/Wade/Deadpool menyampaikan mesej separuh sedar yang agak pedih tetapi amat terpuji sehingga anda dapat memaafkan kegagalannya membawa watak 2 superhero sebelum ini & terus menyarung mahkota The Ultimate Antihero dikepalanya.


Rating:
 4 dari 5 bintang

Saksikan 'Deadpool' dipawagam mulai 11 Februari 2016 edaran Twentieth Century Fox Film (M).


Kepada peminat yang ingin meluaskan koleksi Deadpool anda, sila rujuk pada laporan intel oleh Outpost Movie Recon Team (M.R.T.) untuk mencari barangan di lokasi tempatan.


No comments:

Post a Comment